Rowley Yakin Lawan Terlalu Mudah

Pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley menyasarkan @ksi yang lebih menyen gat bagi membantu pasukan Kedah sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) dan membvrv tempat ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Dua gol dalam aksi Piala Malaysia musim lalu oleh pemain tengah berusia 29 tahun ini menjadi perangsang buat dirinya dalam usaha meningkatkan tahap permainan.

“Sebagai pemain, pastinya saya mahu meletakkan sasaran lebih tinggi untuk saingan musim depan. Justeru, saya berazam mahu membantu pasukan memenangi seberapa banyak perlawanan yang akan dilalui.

“Bagi merialisasikan impian, saya mahu terus fokus untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan. Saya dan rakan sepasukan kini mengikuti sebaiknya perancangan latihan yang disediakan oleh barisan kejurulatihan yang diketuai oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak,” katanya.

Rowley juga optimis persiapan perlawanan persahabatan pramusim yang akan diaturkan oleh pengurusan Persatuan B0lasepak Kedah (KFA) bakal menjadi medan terbaik untuknya dan semua pemain meningkatkan keupayaan bagi menghadapi cabaran sebenar musim depan.

“Bagi saya Kedah memiliki potensi yang untuk melangkah ke ACL dengan baik jika dilihat dengan persiapan serta perancangan yang sedang gigih dijalankan,” katanya.

“Perlawanan pertama di tempat sendiri men3ntang kelabHong Kong iaitu Tai Po FC pada 21 Januari nanti menjadi medan untuk membuktikan kewibawaan pasukan didepan penyokong.

“Jika berjaya, Kedah akan menentang kelab dari Korea yang dilihat agak mencabar. Namun kita tahu dalam b0la sepak apa sahaja boleh berlaku,” katanya.