Ronaldo tak marahkan saya

PENGENDALI Juventus, Maurizio Sarri menjelaskan perkara sebenar di sebalik reaksi kec3wa bintang pasukan itu, Cristiano Ronaldo ketika digantikan dengan Paulo Dybala dalam perlawanan Serie A menentang AC Milan, awal pagi tadi.

Menurut Sarri, Ronaldo tidak mem@rahinya susulan tindakan mengeluarkannya pada minit ke-55 itu, sebaliknya pemain kelahiran Portugal itu kec3wa ekoran masalah kec3deraan lutut yang mengganggu persembahannya dalam perlawanan itu.

“Anda harus berterima kasih kepada Ronaldo kerana dia berkorban untuk beraksi walaupun dalam situasi sukar. Dia melakukan segala-galanya untuk beraksi tetapi saya melihat dia tidak sihat. Jalan terbaik adalah membawanya keluar.

“Itu sifat semula jadi pemain apabila diminta meninggalkan padang, terutama apabila dia bekerja keras. Sepanjang bulan lalu, dia mengalami masalah dengan lutut yang dialami sewaktu latihan dan ia memberi kesakitan.

“Apabila dia berlatih serta beraksi dalam perlawanan yang mempunyai t3kanan tinggi, ia membuatkannya tidak seimbang. Jadi, ia menyebabkan dia menggunakan lutut lebih daripada sepatutnya sehingga menc3derakan otot betis dan paha,” katanya.

Dalam perlawanan di Allianz Arena itu, The Old Lady berjaya men3waskan Milan 1-0 hasil jaringan Dybala pada minit ke-77.

Pada aksi Liga Juara-juara baru-baru ini juga Ronaldo turut meluahkan rasa kec3wanya apabila Sarri mengeluarkannya ketika aksi men3ntang Lokomotiv Moscow.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *