Ronaldo Selangor

Dua jaringan oleh Khyril Muhymeen membolehkan Selangor bangkit mengatasi Perak 3-2 secara agregat sekaligus mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-45 dan minit ke-67. Beliau turut dipilih sebagai ‘Man of The Match’ dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mengulas mengenai persembahan Khyril Muhymeen, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan sudah ‘masak’ dengan kebolehan bekas pemain PKNS FC dan Kedah ini kerana sudah mengenalinya sejak zaman remaja lagi.

Ketika Coach Satia mendapatkan Khyril Muhymeen yang masih dalam kec3deraan pada awal musim lalu, ramai yang skeptikal pemain itu mampu kembali ke prestasi sebelumnya.

Namun, bagi Satiananthan, Khyril Muhymeen memiliki karakter seumpama Cristiano Ronaldo mampu memberikan sesuatu kepada pasukan dan perkara tersebut terbukti menerusi persembahannya sejak akhir-akhir ini.

Saya tahu karakter Muhymeen, dia ada kelajuan, saya selalu anggap dia macam Ronaldo, dia boleh mengatasi pihak lawan dengan mudah, dan dia seorang yang kuat,

Saya tahu dia c3dera (sebelum ini), saya kata kepadanya, jika dia sertai Selangor, saya takkan gunakan dia selagi dia belum pulih sepenuhnya, saya sabar dengannya,

“Kalau awak tanya Muhymeen, walaupun Muhymeen nak main, saya kata, sabar..”

Malah, jurulatih berusia 61 tahun turut menanamkan keyakinan bahawa pemainnya itu akan lebih berb!sa dan mampu mempersembahkan kembali prestasi ketika di kemuncaknya sedikit masa lagi.

Kita sebagai jurulatih perlu mengenal pasti kekuatan seseorang pemain, kita kena sabar, ramai yang paksa dia main, saya tidak memaksanya sama sekali,

Ketika saya tanya kepadanya, adakah dia boleh bermain dan dia katakan boleh, saya tetap merujuk kepada doktor dan fisioterapi terlebih dahulu tentang perkembangan (kec3deraan) dia.

Bila dia kata dia sedia, saya tahu dia akan mel3tup!

Dia belum mencapai (tahap) Muhymeen yang dahulu tetapi dia akan sampai ke sana. Saya yakin (dengan) perkara ini. tambah Coach Satia lagi.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *