Ronaldinho Terlepas Tapi Belum bebas

RONALDINHO dan abangnya, Roberto Assis dibebaskan daripada penjara di Paraguay dan diletakkan di bawah kawalan tah@nan rumah.Mereka berdua ditangkap awal bulan lalu selepas didakwa bersalah menggunakan pasport palsu untuk masuk ke negara berkenaan.

Selepas meringkuk selama 32 hari di dalam penjagara, hakim Gustavo Amarilla membuat keputusan bahawa mereka berdua boleh tinggal di salah sebuah hotel di Asuncion sementara menunggu perbicaraan ke atas kesalahan mereka.

Peguam Ronaldinho dan Assis membayar jamin sebanyak 1.3 juta pound (RM7 juta), selepas percubaan sebelum ini ditolak kerana pihak berkuasa menyifatkan pasangan berkenaan sebagai individu yang berisiko ketika dalam penerbangan.

Ronaldinho dan Assis ditahan selepas menggunakan dokvmen palsu ketika memasuki negara berkenaan untuk tujuan mengambil bahagian dalam beberapa acara promosi.

Mereka berdua di bawa ke penjara Agrupacion Especializada selepas ditangkap di Resort Yacht and Golf Club Paraguay.

“Pejabat peguam negara mengeluarkan waran tangkap, bagi mendakwa Ronaldinho di atas kesalahan menggunakan dokvmen palsu,” jelas Kementerian Dalam Negeri Paraguay dalam satu kenyataan.

Peguam Ronaldinho mendakwa anak guamnya memperoleh pasport Paraguay sebagai hadiah daripada penaja tempatan dan sedar beliau bakal dikenakan tindakan jika menyalahgunakan dokvmen berkenaan

Ketika di dalam penjara, bekas bintang Barcelona itu sibuk mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan bola sepak penjara.Beberapa keping gambar dan video mengenai perlawnan berkenaan tular di media sosial.