Renan Alves terus menjadi persoalan penyokong Kedah

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berharap satu ‘post mortem’ segera dibuat bagi merungkai segala persoalan membabitkan kek@lahan 1-4  Kedah kepada FC Seoul pada aksi play0ff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Seoul World Cup malam tadi.

Insiden ‘tampanan’ bola dengan tangan Renan Alves terus menjadi persoalan penyokong Kedah yang menyebabkan pemain itu dilayangkan kad kuning kedua dan kad merah pada babak pertama hingga Kedah beraksi dengan 10 pemain.

Menerusi laman sosial facebooknya, Asmirul yang berada di Seoul memaklumkan dihujani pelbagai persoalan mengenai insiden dan cara kekalahan Kedah yang dianggap sukar diterima penyok0ng skuad Lang Merah.

“Selepas perlawanan semalam, saya dihujani pelbagai ‘whatsapp’, sms dan sebagainya dari seluruh pelusuk daerah serta tempat penyokong Kedah.

“Saya berfikir untuk menjawab suatu persoalan yang menjadi 95 peratus ‘troll’ peminat serta penyokong Skuad Hijau Kuning namun bukan semudah itu untuk terus menjawab.

“Eloklah kita serahkan kepada jurulatih dan pihak yang terlibat untuk segera membuat ‘post mortem’,” katanya.

Disebalik cerita sukar Kedah di Seoul, Asmirul tetap menghargai segala pengorbanan, kesungguhan dan kesetiaan ditunjukkan semua pemain, pengurusan dan juga penyok0ng yang hadir ke Seoul.

“Bagaimanapun saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Ribuan Terima Kasih’ yang tidak terhingga kepada penyokong Kedah yang sanggup bersusah payah datang ke Seoul untuk memberikan sokongan.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada seluruh pemain, kejurulatihan serta pengurusan yang mencuba sedaya upaya melaksanakan usaha terbaik dalam misi ini.

“Juga tidak dilupakan kepada seluruh peminat tanahair yang mengikuti perkembangan terkini Skuad Hijau Kuning,” katanya.

sumber:bharian