Renan Alves Pemain Import Yang Setia

Pemain pertaha@nan import dari Brazil, Renan Alves menandatangani kontrak lanjutan bersama Kedah Darul Aman FC sekaligus kekal bersama pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Renan menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana musim 2021 bakal menjadi musim ketiga beliau bersama kelab dari utara tanah air itu.Situasi Renan serta pemain import lain seperti Kipre Tchetche dan Kpah Sherman menjadi tanda tanya dimana ketiga-ketiga pemain ini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain.

Namun, pengurusan pasukan memutuskan untuk mengekalkan tiga pemain import di atas bagi menghadapi saingan musim 2021 kerana sudah memahami percaturan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Sepanjang ber@ksi bersama Kedah, Renan pernah membantu pasukan itu memenangi saingan Piala FA pada 2019 lalu dengan menew@skan Perak di pentas perlawanan akhir.

sumber:vocketfc

Musim lalu, Kedah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua sekaligus bakal ber@ksi di pentas Piala AFC musim ini bersama satu lagi kelab iaitu Terengganu FC.