Rekod Bolt Tercalar

Allyson Felix menjadi atlet paling berjaya dalam sejarah Kejohanan Dunia Persekutuan Olaharaga Antarabangsa (IAAF) selepas membantu Amerika Syarikat (AS) meraih pingat emas acara 4×100 meter campuran awal pagi tadi.

Terdahulu, Felix menyamai rekod Usain Bolt dengan pungutan 11 pingat emas menjelang perlumbaan di Doha itu.

Pelumba berusia 33 tahun itu, yang baru menjadi seorang ibu November lalu, menjadi tonggak AS sebelum Michael Cherry menamatkan pelumbaan berkenaan dengan gemilang.

Poland, yang memilih untuk meletakkan dua pelari lelaki pada permulaan perlumbaan, berhasil untuk mengetuai cabaran sehinggalah Cherry mengorak langkah dengan Felix pula diletakkan sebagai pelari kedua.

Cherry jelas tidak dapat ditandingi pelari lain di atas balapan hingga menuju ke garisan penamat, manakala Javon Francis meraih pingat perak buat Jamaica dan Bahrain pula muncul pemenang pingat gangsa.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *