Real lepaskan Bale ke Old Trafford

MADRID 27 Sept. – Gareth Bale dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan sudah mencapai persetujuan yang dijangka membawa bintang sayap Wales itu ke Manchester United pada jendela perpindahan Januari 2020.

Bale, 30, mengharungi detik sukar di Santiago Bernabeu biarpun meledak 80 gol daripada 159 penampilan sejak tiba dari Tottenham pada 2013.

Munurut portal sukan Sepanyol, Don Balon, Perez bersetuju membenarkan Bale meninggalkan kelab jika dia gagal beraksi dalam banyak perlawanan bermula dari sekarang sehingga Januari.

Laporan itu turut mendakwa, harga Bale juga diturunkan kepada 70 juta pound (RM362 juta), dan United amat teruja dengan perkembangan tersebut.

Bale dilihat sebagai pembelian yang ideal untuk menggembalikan Red D3vils ke landasan terbaik dan mengatasi isu s3rangan yang dihadapi juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu.

Biarpun ramai yang beranggapan Bale sudah melepasi kemuncak prestasinya, namun United percaya dia masih memiliki kualiti untuk membantu mereka bangkit.

Bale kini berada pada prestasi baik, namun Real tetap memberi t3kanan berterusan dengan harapan dia akan meninggalkan Sepanyol.

Kelmarin, pengurus Los Blancos, Zinedine Zidane mengetepikan pemain itu daripada aksi La Liga menentang Osasuna atas sebab yang tidak dinyatakan.

Ia menimbulkan tanda tanya biarpun Real menang 2-0. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *