Ramai Yang Angkat Kaki

Penye rang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membuat keputusan mengangkat kaki meninggalkan pasukan Pahang setelah pihak pengurusan tidak menyambung k0ntraknya.

Selain Norshahrul atau Mat Yo, turut dilaporkan oleh Berita Harian  adalah Striker imp0rt dari Namibia, Lazarus Kaimbi mendapat nasib yang sama dilepaskan oleh skuad T0k G@jah.

Manakala seorang lagi striker, Dickson Nwakaeme dan pertah@nan tinggi lampai, Herold Goulon masih tidak diketahui statusnya samada kekal menyarung jersi Kuning Biru ataupun tidak.

Laporan yang sama turut mendedahkan Pahang bakal merekrut pemain-pemain baharu bagi menggantikan pemain-pemain yang dilepaskan sekaligus menguatkan lagi pasukan tersebut untuk mencabar kejuaraan saingan Liga Malaysia 2020.

“Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

“Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain !mport selepas tiga daripada lima imp0rt tidak lagi bersama Pahang musim depan,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.

Sementara itu, Pahang telah mengesahkan mengekalkan khidmat Matt Davies, Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh, Muslim Ahmad, Helmi Eliza, Faisal Halim, Zuhair Aizat dan Bunyamin Omar.