Raja pecut milik Malaysia

Dalam temasya Sukan SEA 2017 dahulu, pelari pecut Malaysia, Khairul Hafiz Jantan berjaya memenangi pingat emas acara 100 meter sekaligus bergelar Raja Pecut Asia Tenggara.

Pada tahun ini, biarpun Khairul Hafiz tidak beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019 di Manila, tetapi Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas bagi acara 100 meter lelaki.

Pelari Malaysia, Haiqal Hanafi berjaya merangkul pingat emas sekaligus mengekalkan takhta Raja Pecut buat Malaysia dengan larian pantas dalam acara 100 meter yang berlangsung pada hari ini di Stadium Olahraga New Clark City. Haiqal mencatat masa larian terpantas 10.35 saat mengatasi dua pelari Thailand, Kpl. Sowan Ruttanapan (10.49 saat) dan Chuangchai Bandit (10.52 saat).

Seorang lagi pelari negara, Jonathan Nyepa pula menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan masa 10.60 saat.