Raja Ilya & Suami Belanja Foto Berbulan Madu Di Langkawi, Romantiknya!

Selamat diijabkabulkan pada 23 Disember tahun lalu di Perth, Australia dan mengadakan majlis resepsi pada 19 September lalu, pelakon Raja Ilya dan suami, Trent Garrett kini menikmati percutian bulan madu di Langkawi.

Mahu mencipta memori bersama sebagai pasangan suami isteri, Ilya dan Trent masing-masing berkongsi foto mesra di Instagram.

Memilih percutian di pantai, Ilya tampak gembira dan ceria dengan status seorang isteri kepada kepada ahli perniagaan kelahiran Australia itu.

Malah, bintang drama Gerak Khas ini juga teruja apabila menerima kejutan dari pihak hotel kerana menghiasi biliknya dengan gubahan bunga-bungaan.

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis resepsi di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang, yang bertemakan perkahwinan Inggeris dan malam muzikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *