Rahsia manis di sebalik kemenangan ke atas Thailand

Malaysia berjaya mengekalkan rekod baik ke atas Thailand di laman sendiri, apabila meng3jutkan pendahulu kumpulan, Thailand, 2-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih manis Malaysia turut menamatkan rekod tanpa kalah Thailand dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe membuat beberapa perubahan pada kesebelasan utama dengan Khairul Azhan diberi tugas untuk menjaga gawang berbanding Farizal Marlias dan Syahmi Safari beraksi di bek kanan menggantikan tempat Matthew Davies. Afiq Fazail yang sebelum ini dijangka akan diletakkan dalam kesebelasan utama hanya berada di bangku simpanan.

Belum sempat anak buah Tan Cheng Hoe mendapat rentak, Thailand membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Chanatip Songkrasin.

Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-26. Satu gerakan menarik dari sebelah kiri dilakukan sebelum Syamer Kutty Abba melintangkan bola kepada Brendan Gan yang mudah men3waskan penjaga gol Thailand, Siwarak Tedsungnoen.

Sumareh menjaringkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke-56 hasil sungk!tan Brendan Gan yang membuatkan pertahanan Thailand terpana.

Thailand cuba mencari gol penyamaan dan meng@sak bent3ng pertah@nan Malaysia, tetapi dik3kang dengan hebat oleh Shahrul Saad, Aidil Zafuan dan Khairul Azhan Khalid.

Malaysia kini mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dalam Kumpulan G. Anak buah Tan Cheng Hoe akan berdepan Indonesia pada 19 November ini di Bukit Jalil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *