Rahsia Malaysia mungkin bocor

Pemain tengah skuad B-22 negara, Syamer Kutty Abba, tidak gusar dengan kehadiran Amani Aguilnaldo dalam skuad Filipina yang dikatakan mampu berkongsi maklumat penting mengenai rahsia pasukan Malaysia menjelang aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA, Jumaat ini. 

Aguilnaldo beraksi bersama pasukan PKNP FC dalam kancah Liga Super musim ini dan berbekalkan pengalaman semusim di pentas Liga Malaysia, pertahanan tengah itu difahamkan mengetahui dan mengenali kemampuan jentera s3rangan negara.

Namun, Syamer menepis tanggapan bahawa maklumat yang dimiliki pemain berusia 24 tahun itu cukup untuk mengekang asakan skuad negara walaupun dia pernah berentap dengan kebanyakan pemain negara dalam Liga Malaysia.

“Seorang pemain tidak memberi kesan kepada seluruh pasukan kerana situasi berubah dalam setiap perlawanan. Ia tidak memberi kesan kepada kami,” katanya.

Syamer merupakan antara tiga pemain dalam senarai kec3deraan bersama Dominic Tan dan Akhyar rashid, namun keadaan mereka tidak memb!mbangkan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Dalam masa sama, Irfan Zakaria turut cuba mendapatkan maklumat daripada bekas rakan sepasukannya di Kuala Lumpur, Luke Woodland, yang merupakan pemain natural!sasi Filipina bagi membantu Malaysia merangka strategi berdepan dengan pasukan tuan rumah itu.

“Memang saya beraksi sebagai satu pasukan dengan Woodland sewaktu di Kuala Lumpur. Saya pernah bertanya kepadanya. Kebiasaannya dia hanya akan menyertai skuad senior Filipina apabila ada tugasan antarabangsa, jadi dia tidak begitu maklum mengenai perkembangan pasukan muda,” ujar Irfan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *