RABBI Matondo Kena Warn!ng Sebab Salah Pakai Jersi

RABBI Matondo diberikan @maran oleh pengurusan Schalke selepas dilihat menjalani latihan dengan memakai jersi musvh tradisi, Borussia Dortmund.

Gambar Matondo yang dimuat naik di Instagram memakai jersi yang tertera nama rakannya, Jadon Sancho di belakang jersi berkenaan dipercayai ketika dia melakukan senaman dekat sebuah gim di Cardiff.

Matondo dan Sancho beraksi bersama di akademi Manchester City sebelum kedua-duanya berpindah ke Jerman bagi meneruskan kerjaya profesional mereka.Paparan di Instagram berkenaan kemudian dipadamkan tetapi menerima pelbagai krit!kan, termasuk dari Pengarah Sukan Schalke, Jochen Schneider.

Saya menjelaskan kepada Rabbi Matondo menerusi telefon tindakan yang disifatkan kurang bijak itu, kata Schneider.Dia baru berusia 19 tahun tapi dia sepatutnya tidak melakukan perkara itu.

“Kami memberitahu kepadanya bahawa dia harus menunjukkan teladan yang baik sama ada di padang atau di luar padang.”

sumber:HM

Matondo meninggalkan City pada 2019 untuk menyertai Schalke dengan nilai £10 juta (RM53.63 juta) untuk kontrak selama empat tahun setengah yang dijangka tamat pada musim panas 2023.