PSM Makassar tandatangani dua bekas pemain import Liga Malaysia

Pemenang Piala Indonesia 2019, PSM Makassar menandatangani dua pemain import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim lalu iaitu bekas pemain Petaling Jaya City FC dan PKNP FC, Giancarlo Rodrigues serta bekas pemain Perak, Hussein El Dor.

Giancarlo mula beraksi di Malaysia bersama PJ City FC namun beliau kemudiannya menyertai PKNP pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia setelah gagal untuk menyinar.

Bersama PKNP, pemain berusia 29 tahun itu mele dak 11 gol dalam semua pertandingan dimana 8 gol sahaja dijaringkan dalam saingan Liga Super.

Seorang lagi pemain, Hussein El Dor menyertai Perak padan jendela perpindahan kedua dan beliau serta-merta menjadi watak penting khususnya di bahagian pertahanan skuad The Boss Gaurus.

Hussein beraksi pada perlawnan akhir Piala FA 2019 namun Perak tidak berjaya muncul sebagai juara dimana mereka tewas kepada pasukan Kedah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Fazrul Danel pada masa tambahan.

Peminat Perak mahu Hussein dikekalkan kerana beliau berjaya mencipta gandingan mantap bersama Shahrul Saad namun Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau.

Sumber Gambar: Goal.com

Pada saingan musim 2020, sebagai pemenang Piala Indonesia, PSM Makassar akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan bagi merebut tempat dalam kejohanan Piala AFC.

Bekas pengendali skuad B-19 tahun negara, Bojan Hodak turut dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.