Proses Lang Merah Lengkap

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah mengumumkan sudah melengkapkan proses penswastaan Kelab Bolasepak (FC) merangkumi pemisahan dari Persatuan Bolasepak (FA) kepada (FC) sebelum tarikh tutup esok.

Maklumat berkenaan dikongsikan oleh media KFA dalam laman rasmi Facebook hari ini, memaklumkan KFA selesai dalam proses melengkapkan dokvmen berkenaan dan seterusnya layak untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada tahun hadapan yang mana kini tertakluk kepada pelesenan kelab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia

Semalam, FAM mengesahkan tambahan lima lagi pasukan yang beraksi dalam Liga M berjaya melengkapkan dokvmentasi untuk proses penswastaan kelab termasuk Kedah FA.Kelulusan ini akan melayakkan Kedah untuk ber@ksi dalam Liga M pada tahun hadapan dan ini tertakluk kepada pihak pelesenan kelab FAM, katanya.

KFA juga memaklumkan menerima ucapan tahniah yang dizahirkan oleh Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada semua pihak terbabit dalam usaha untuk merealisasi dan melengkapkan proses penswastaan ini.

Alhamdulillah, setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam membantu KFA untuk melengkapkan proses penswastaan FC ini.Terutamanya pihak pentadbiran KFA dan pihak berkanun yang terbabit dalam memudahkan segala proses permohonan kelulusan ini, katanya.

FAM pada minggu lalu mengingatkan pasukan yang gagal menyelesaikan proses penswastaan ini, bakal menerima kesan tidak diterima untuk menyertai kejohanan kelab peringkat K0nfederasi Bolasepak Asia serta Liga M membabitkan Liga Super dan Liga Perdana disamping penyingk!ran ke liga amatur iaitu Liga M3 untuk musim depan.

sumber:HM