Prestasi Liridon Masih Lagi Dinilai-Cheng Hoe

PEMAIN naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi berpeluang cerah membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa bersama skuad H@rimau Malaya penghujung bulan ini sekiranya dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menent@ng Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam tidak ditunda.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe berkata, ketiadaan t0nggak tengah berpengaruh, Brendan Gan yang terpaksa diketepikan susulan mengumpul dua kad kuning kemungkinan bakal diisi oleh Liridon.Jelasnya, walaupun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu baru sekali diturunkan ketika menent@ng Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih minggu lalu, beliau percaya pemain kelahiran Kosovo itu akan terus meningkat dari satu perlawnan ke satu perlawnan.

Beliau yang pernah membimbing Liridon ketika di Kedah mengakui pengalaman dan kelebihan fizikal dimiliki pemain itu bakal membantu pasukan kebangsaan.Kita masih lagi menilai tapi dari segi permainan, kalau kita lihat dia memang ada peluang. Tetapi, kita perlu lihat sama ada dia boleh menyesuaikan diri dengan pasukan kebangsaan nanti.

Sebab itu kita akan memanggilnya dalam latihan pasukan negara pada pertengahan bulan ini. Saya harap dia boleh sesuaikan diri dengan cepat, katanya ketika dihubungi, semalam.Liridon, 28, sebelum ini menerima kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, bulan lalu.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui berpuas hati dengan prestasi pemain utama skuad Harimau Malaya selepas meninjau beberapa venue untuk menilai aksi pemain.Setakat ini, apabila saya turun ke stadium melihat perlawnan, prestasi mereka sangat baik, sebab itu saya tak risau atau bimbang.

Tetapi, saya masih harapkan prestasi mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa supaya kita mampu menyiapkan pasukan dengan sebaik-baiknya,katanya.

sumber:HM