Pogba Malaysia Berhijrah Ke Pasukan Baru

Itulah situasi dialami pasukan bermasalah, PDRM FA yang berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain import Selangor, Antonio German tetapi keh!langan S.Veenod yang memilih menyertai Sarawak United.

Meskipun bergelut dari aspek kewangan dan beroperasi dengan bajet yang sangat terhad untuk musim 2020, itu bukan penghalang buat PDRM FA mendapatkan Antonio German yang pernah mencetus k0ntroversi apabila mengatakan dia kononnya terpaksa meninggalkan Selangor kerana isu perkavman.

Manakala Veenod yang digelar ‘Pogba Malaysia’ pula telah menjalani latihan bersama The C0ps namun difahamkan belum menandatangani k0ntrak, justeru dikatakan ‘angkat kaki’ setelah mendapat tawaran lebih baik daripada Sarawak United.

Mungkin juga pelbagai spekulasi mengenai PDRM membuatkan Veenod merasakan bahawa lebih baik dia menerima tawaran Sarawak United, tetapi jangan tak tahu Sarawak United sendiri ada masalah tunggakan gaji yang belum selesai tetapi setakat ini belum lagi meletvs.