Pogba Bakal Berganding CR7

Paul Pogba berlatih menggunakan jersi Juventus pada Rabu lalu, tetapi ia dilakukan dengan niat yang baik.Masa depan pemain tengah Manchester United ini di Old Trafford masih tidak menentu, dengan Juventus adalah antara kelab yang dikait rapat dengan pemain antarabangsa Perancis ini.Pogba beraksi selama empat musim bersama jaguh Serie A itu diantara 2012 sehingga 2016 sebelum kembali menyertai United dengan bayaran perpindahan rekod dunia pada ketika itu.Melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu lalu, Pogba melakukan latihan di rumah dengan jersi Juventus tetrtera nama dan nombor milik Blaise Matuidi di belakang.Namun Pogba menjelaskan beliau dan rakan sepasukan di United, Victor Lindelof yang turut menyarung jersi Sampdoria milik Albin Ekdal berbuat demikian sebagai tanda sokongan terhadap rakan senegara yang diuji p0sitif menghidap cor0navirus. Kem latihan baharu digelar Wuarantine PP Arena, dibuka 24/7! tulis Pogba di Instagram.

Turut memberi sokonga kepada sahaba @blaisematuidiofficiel dan @albinekdal dan juga semua atlet di seluruh dunia!Teruskan bersemangat dan kuat, StayAtHome dan pastikan diri selamat!Saya tahu yang gatal akan bercakao mengenai jersi Juventus ini, tetapi saya hanya memberikan sokongan kepada seorang kawan itu sahaja dan ia tidak lebih dari itu. Matuidi yang kini sedang menjalani rawatan dan dikuarantin di Turin kemudiannya membalas:Terima kasih saudara ku, ia menyentuh hati saya. Gembira melihat anda kembali dengan bola.Pogba tidak beraksi bersama Manchester United sejak 26 Disember lalu selepas menjalani pembedahan di buku lali kanan pada Januari.Pemain itu dijadualkan kembali menjalani latihan di Carrington pada Selasa tetapi United membatalkan semua latihan selepas kerajaan United Kingdom tidak menggalakkan orang ramai untuk bergerak dan melakukan aktiviti sosial.