PKP Kedah Punya Motto

ALOR SETAR : Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkenalkan ‘lock screen wallpapers’ telefon bimbit untuk penyokong skuad Lang Merah menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Ia memaparkan logo KFA dengan perkataan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan gambar pemain pertahanan pasukan Kedah, Rizal Ghazali. Ia boleh dimuat turun oleh penyokong skuad Hijau Kuning dengan mudah.

Ejaan PKP yang meluas digunakan oleh penyokong Kedah sebagai singkatan perkataan ‘Pulun Kedah Pulun‘ kini menjadi popular selepas perkataan berkenaan digunakan kerajaan Pusat sejak 18 Mac lalu.

KFA sebelum ini turut memperkenalkan lock screen wallpapers dengan gambar enam pemain Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar, Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Zaquan Adha, Renan Alves dan Irfan Zakaria yang mengenakan jersi untuk perlawnan di tempat lawan.

Pengerusi Kelab Penyokong Red Eagle Frenz Kedah (REFK), Azmi Abdullah menyifatkan wallpaper diperkenalkan itu mampu menceriakan lagi keadaan suram selepas aktiviti bola sepak terhenti sepanjang tempoh PKP yang kini memasuki fasa keempat.

Perkataan PKP kini menjadi popuar dan apabila kita melihat perkataan itu, ianya mendorong kita supaya terus berdisiplin menjaga diri serta mengikuti SOP yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh PKP ini, katanya.

sumber:BH