Pj City Rombak 70% Pemain

Petaling Jaya (PJ) City FC sedang mer@ncang perubahan besar-besaran untuk skuad Liga Super 2020 apabila mengumumkan melepaskan hampir 70 peratus skuad musim lalu. Perkara ini diumumkan menerusi Setiausaha Agungnya, S. Ganesh.

Untuk meng!mbangi pemain yang akan meninggalkan pasukan, pemain-pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia akan dinaikkan pangkat untuk bersama skuad utama.

“Kita akan lepaskan 70 peratus pemain musim lalu untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda pasukan. Skuad Piala Presiden dan Piala Belia kita telah melalui musim yang baik musim lalu, jadi kita mahu memberikan ruang kepada mereka,” ujar S. Ganesh.

Untuk musim 2019, skuad Piala Presiden dan Piala Belia PJ City telah menamatkan sa!ngan di peringkat suku akhir kejohanan.

“Kita merancang untuk menurunkan purata umur pasukan kerana kita mahu mengekalkan pasukan ini untuk satu tempoh masa yang panjang dan membina pasukan untuk masa hadapan,” tambahnya yang turut memaklumkan melep@skan semua pemain !mport.

Pemain yang dimaksudkan adalah Pedro Henrique, Elizeu Araujo, Washington Brandao, Sergio Filho dan Bae Beom-geun.

S. Ganesh turut memaklumkan PJ City sedang mengintai beberapa pemain muda daripada pasukan lain serta pemain berpengalaman yang boleh digunakan oleh pasukan bagi musim hadapan.

“Kita telah mengenalpasti beberapa bakat muda daripada pasukan lain dan pada masa yang sama, pemain berpengalaman di Liga Super yang masih boleh disertakan dalam perancangan pasukan.

“Kita juga sedang meneliti beberapa pemain imp0rt di dalam senarai pendek dan saya percaya kita akan selesaikannya pada hujung Disember depan,”

Disamping itu, PJ City turut mengumumkan kehadiran pengendali berpengalaman, P. Maniam untuk menjadi pembantu K. Devan. Pengalaman luasnya bersama Selangor dan peringkat remaja negara mahu dimanfaatkan oleh PJ City membentuk pasukan.

Turut diumumkan adalah perpindahan pusat latihan pasukan daripada Nilai kembali ke Petaling Jaya pada musim hadapan.

Pada musim 2019, PJ City menam@tkan musim di kedudukan ke-8 daripada 12 pasukan Liga Super, mara ke pusingan ketiga Piala FA serta tersek@t di peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019.