PJ City Kian Bernaf su

Striker skuad B-23 kebangsaan M.Kogileswaran menjadi pemain terbaru direkrut PJ City yang mensasarkan kedudukan lima terbaik Liga Super musim depan.

Kogi telah bersama Pahang sejak 2016 namun kurang mendapat peluang beraksi dan banyak memanaskan bangku simpanan.

Justeru dia berharap perpindahan ke PJ City akan membantunya memburu minit bermain lebih kerap dan mengilap semula sentuhannya.