PJ City Belum Puas,ingin tambah pemain baru

Biarpun menunjukkan persembahan baik untuk terus kekal dalam musim pertama mereka di Liga Super, Petaling Jaya City nampaknya mahu membuka lembaran baru untuk musim 2020 nanti.

Beberapa pemain baru telah dibawa masuk menyertai pasukan dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Christie Jayaseelan, K. Gurusamy dan Salomon Raj serta pemain muda seperti R. Kogileswaran untuk memperkuat pasukan pada musim hadapan. Biarpun begitu, menurut ketua jurulatih PJ City, K. Devan mereka masih lagi sedang mencari pemain lagi untuk terus menambahkan kualiti kepada pasukan mereka.

“Kita sudah membentuk skuad baru, hampir 60-70% adalah pemain baru dan kami sudah memulakan pra-musim pada minggu lalu. Sekarang kami sedang fokus untuk mempertingkat tahap kecerg@san.“Kami sedang melihat untuk menambah beberapa pemain tempatan, mungkin satu atau dua orang lagi. Kami juga akan membawa tiga orang pemain import menyertai pasukan pada musim lalu,” kata Devan seperti dilaporkan oleh The Star.

Pada musim lalu, Petaling Jaya City berjaya mengejutkan ramai peminat bolasepak Malaysia apabila menduduki tempat kelapan Liga Super, di atas pasukan-pasukan seperti Kuala Lumpur, PKNP FC, Felda United dan PKNS FC. The Phoenix berjaya mencatat lapan kemenangan daripada 22 perlawnan termasuk men3waskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’azim di Stadium Larkin.

Kredit foto: Malaysia Football League (MFL)