Piala FA 2020: Kedah, Pahang buat perhitungan semula

Juara Piala FA musim lepas, Kedah akan mula mempertahankan trofi yang dimenangi mereka menentang juara Piala FA 2018, Pahang apabila dua pasukan itu diundi bertemu dalam pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

Setiausaha Eksekutif Persatuan B0lasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin berkata beliau melihat keputusan undian tersebut adalah satu cabaran sihat kepada skuad Helang Merah menjelang saingan Liga Malaysia pada musim ini.

“Secara peribadi, keputusan undian menyaksikan Kedah menent@ng Pahang adalah satu perlawnan cukup bagus bagi kedua-dua pasukan. Umum mengetahui bahawa Pahang adalah salah satu pasukan gerg@si negara.

“Saya melihat undian ini sudah pasti dinanti-nantikan penyokong di mana saya percaya satu perlawnan menarik dijangka berlaku dan Kedah sentiasa bersedia untuk memberikan persembahan terbaik bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas tamat majlis undian itu.

sumber:football-tribe