Pertahanan Kental Kedah (MM21)

MANJA MAN 21

Asal : Perlis
No Jersi : 21
Posisi : Pertahanan

MANJA MAN, Pemain pertahanan kental yang dibawa masuk pada tahun 1992 oleh arwah Datuk Ahmad Basri era baru dibawah jurulatih Roberts Rene Alberts setelah Kedah mengalami kejatvhan yang mendadak pada tahun1991.Terjerumus ke Divisyen 2, namun bangkit kembali pada tahun 1992.Kemasukan Manja Man terus memberi impak yang kukuh pada pertahanan Kedah dengan membentuk gandingan mantap dan kental bersama tonggak pertahnan import ketika itu, Olubunmi Adigun, Lee Kin Hong,Tibor Szaban, Lee Thean Ewe, Feridza-Farouk Ismail , Khamal Idris Ali dan lain-lain.Kedah tidak menunggu lama untuk menuai hasil dengan tahun pertama kemunculannya, Kedah bergaya menjuarai Divisyen 2 dengan REKOD TANPA KALAH sepanjang liga disamping berjaya menjadi pasukan yang pertama dari Divisyen 2 yang berjaya mara layak hingga ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1992 sebelum tewas tipis di tangan Pahang 0-1.

Pada tahun berikutnya, Manja Man berjaya membawa Kedah menjulang JUARA BERGANDA dengan berjaya menjuarai Liga Divisyen 1 dan Juara Piala Malaysia 1993 disamping kejayaan-kejayaan lain seperti Piala Sumbangsih dan Piala Fa sepanjang kerier Manja Man bersama pasukan negeri Kedah Darul Aman.KEKENTALAN MANJA MAN tetap segar dalam lipatan sejarah bolasepak negeri Kedah Darul Aman.Jasa sumbangan beliau sentiasa terpahat dalam sanubari seluruh penyokong setia hijau kuning. Nombor 21 itulah, Manja Man !

Buat Manja Man,
BIAR JASA JADI KENANGAN !

(Gambar tahun 1995, Sumber: oleh @mhazriqfahimyabdullah)