Persatuan BolaSepak Thailand Tidak Puas Hati !su pengadil dalam perlawnan AFC U23 2020

Pihak Persatuan BolaSepak Thailand (FAT) hari ini secara rasmi telah menghantar surat kepada pihak Konfederasi BolaSepak Asia (AFC), untuk menuntut penjelasan mengenai 1su pengadil dalam perlawnan AFC U23 2020 diantara Thailand dan Arab Saudi yang berlangsung semalam.

Dalam perlawnan suku akhir itu, pasukan bimbingan Akira Nishino tewas 1-0 hasil sepa kan penalti kontr0versi pada minit ke 77 selepas pengadil perlawnan menggunakan keputusan VAR yang dilihat tidak menggambarkan dengan jelas pemberian sepa kan penalti itu.

Pengadil perlawnan dari Oman, Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf yang asalnya hanya memberikan sepa kan bebas berdekatan dengan kotak penalti, mengubah fikirannya dan memberikan sepa kan penalti, dan ini telah telah menyebabkan semua pihak terkejut kerana VAR tidak menyediakan visual yang memaparkan penjelasan kukuh keputusan itu.

Berdasarkan kemaskini laman web rasmi FAT, mereka sebenarnya bukan mahu melakukan satu pr0tes, cuma mahu mendapatkan penjelasan mengenai 3 perkara seperti dibawah;

Semak keputusan yang dilakukan oleh pengadil dalam perlawnan/situasi yang meragukan. Dalam kes ini, pengadil telah melayangkan banyak kad kuning kepada pemain-pemain Thailand tetapi tidak memberikan hukvman yang sama kepada pemain Arab Saudi.
Kesesuaian dalam memeiih pegawai perlawnan dari wilayah yang sama dengan pasukan yang turun beraksi. Dalam kes ini, pengadil Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf adalah warga Oman dan pasukan yang beraksi menentng Thailand semalam adalah Arab Saudi.Menuntut penjelasan prosedur pengadil berkaitan dengan masa untuk mengambil kira keputusan VAR dalam kes penalti semalam. Adakah ia mengikut peraturan yang ditetapkan atau pun tidak.

Dalam pada itu, pihak FAT mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang terus memberikan semangat kepada skuad Thailand U23 semasa berlangsungnya kejohanan AFC U23 2020