Perpindahan Lagenda Ini Penuh Kontroversi

MOHD NIDZAM ADZHA YUSOFF . Asal : Taiping, Perak. Tarikh lahir : 11 March 1968. Posisi : Sayap/ Penyerang Kerier : 1989-1992 Perak, 1993-1998 KEDAH, 1999 Kelantan, 2000 KEDAH. Kerier pasukan negara : 1991-1995 . LAGENDA No 11 Kedah ini, memulakan kerier bersama Kedah pada tahun 1993 setelah berhijrah dari Perak. Namun perpindahannya menjadi k0ntroversi, mendapat tentangan dari pengurusan Perak, namun keinginan beliau sendiri yang ingin berhijrah ke Kedah menjadi faktor utama beliau berjaya ke bumi jelapang padi yang menjadi idaman oleh setiap pemain untuk beraksi bersama pasukan Kedah pada waktu itu . Jurulatih Robert Alberts & Pengurus Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil telah mengenalpasti potensi Nidzam yang pada ketika itu merupakan aset bakat baru buat sayap negara, menjadikan beliau rebutan setiap negeri & akhirnya Kedah berjaya memperoleh tandatangannya . TANPA menunggu lama, Nidzam memberikan impaknya, berjaya membantu Kedah menjadi juara berganda pada musim pertamanya dengan merangkul 2 kejuaraan utama negara, JUARA LIGA DIVISYEN 1 & JUARA PIALA MALAYSIA! . Kelincahan beliau dibahagian sayap ternyata banyak membantu jentera serangan pasukan Kedah yang ketika itu diterajui oleh Peter Nieketien & Faridzuan Che Hamid dalam mencipta gol buat Kedah.

Larian kencang dari sebelah tepi, hantaran tepat serta kebolehan beliau sendiri dalam mencipta gol, menjadikan beliau antara pemain yang mendapat tumpuan untuk dirantai, namun kelibat beliau tetap jua dapat meloloskan diri buat membuka ruang bagi Kedah mencipta kejayaan. . Satu lagi kepakaran beliau yang menjadi igauan pertahanan & penjaga gol lawan adalah sepakan sudutnya yang boleh melencong masuk terus ke gawang gol lawan. Bukan sekali, acap kali gol beliau adalah hasil dari kepakarannya itu. KHIDMAT beliau bersama pasukan Kedah bertahan hingga 5 tahun lamanya, dari 1993 hingga 1998, sebelum berhijrah ke Kelantan pada 1999 sebelum kembali semula bersama Kedah pada tahun 2000.

Khidmat beliau bersama Kedah bukan sekadar sebagai pemain, malah pernah menjadi jurulatih sementara pada tahun 2012, menggantikan Jurulatih Wan Jamak yg ketika itu digantung. Pada tahun 2015, beliau kembali lagi, bertindak selaku Penolong Jurulatih kepada Tan Cheng Hoe, sebelum mengambil alih jawatan sebagai Ketua Jurulatih pada pertengahan musim 2017 sehingga berjaya membawa Kedah menjadi Juara Piala FA musim itu. . Tidak dapat dinafikan juga, fanomena no 11 di Kedah telah dicetuskan oleh beliau. Menjadi rebutan untuk disarung umpama kelibat Ryan Giggs di Manchester United. Begitulah antara sumbangan & dedikasi beliau utk pasukan Kedah. . Terima kasih lagenda kami, Jasa & bakti begitu harum subur dihati, . BIAR JASA JADI KENANGAN, HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN .

Sumber: MHazriq Fahimy Abdullah