Permohonan Melaka United Lulus

Liga Bolasepak Malaysia meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Melaka yang memohon aksi Liga Super membabitkan Kedah dan Melaka United dipindahkan ke venue lain.

Aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman diubah ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pemain serta pegawai kedua-dua pasukan terjamin ekoran penularan C0-v!d-19 yang semakin serius di Kedah.

Malah, tarikh perlawanan turut ditvnda ke Isnin ini.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, menerusi permohonan Musa kepada MFL dan persetujuan bersama kedua-dua presiden iaitu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali, perubahan jadual perlawanan dilakukan memandangkan kes C0-v!d-19 masih aktif dan meningkat di Kedah.

Mereka bersetuju untuk meminda tarikh dan venue perlawnan yang dijadual di Stadium Darul Aman, Alor Setar ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras disebabkan khuatir dengan keadaan Covid-19 di Kedah berada dalam paras yang membimbangkan.

Jadi bagi memastikan kelanc@ran perlawnan itu, kedua-dua pasukan mencapai kata sepakat untuk mengadakan perlawnan di Kuala Lumpur pada 5 Oktober, katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, MFL sebelum ini bersetuju meminda tarikh perlawanan Kedah dan Melaka di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 2 Oktober kepada 4 Oktober.

Keputusan itu dicapai apabila menerima permohonan daripada pasukan Melaka yang terpaksa menjalani proses kuar@ntin selepas pulang dari Sabah pada 28 September lalu.

Semalam, kerajaan negeri Melaka memohon pengurusan MFL untuk menukar venue aksi Liga Super antara Melaka United dan Kedah ekoran situasi p@ndemik di Kedah semakin membimbangkan.

sumber:HM