Perlu Mengemukan Bukti

DUA pemain asing yang mendakwa diri mereka mempunyai pertalian darah dengan rakyat Malaysia perlu mengemukakan bukti dokumentasi sebelum layak dipertimbangkan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia , Stuart Ramalingam, menegaskan selain bukti dokumentasi, Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM turut akan menilai kualiti dimiliki Harry Edge dan Marcel Kalonda bagi memastikan mereka memenuhi syarat teknikal ditetapkan badan induk itu.

Tidak semestinya nama mereka keluar di laman sosial, kita akan mengambil mereka selaku pemain naturalisasi. Mereka masih perlu melalui beberapa proses yang ditetapkan oleh FAM seperti kualiti permainan mereka untuk pertimbangan sewajarnya, kata Stuart.Mengulas lanjut, Stuart turut mengesahkan FAM sudah menghubungi kedua-dua pemain berkenaan baru-baru ini dan meminta wakil mereka menghantar bukti dokumentasi berkenaan dalam tempoh terdekat untuk dinilai oleh jawatankuasa berkenaan.Beliau juga berkata kedua-dua pemain berkenaan turut tertakluk kepada beberapa proses tapisan lain sebelum dipertimbangkan untuk disertakan sama ada sebagai pemain naturalisasi atau pemain berdarah kacukan.

Kita menerima banyak dakwaan mengatakan pemain-pemain tertentu mempunyai pertalian dengan rakyat negara ini, dan apabila pemeriksaan lanjut dilakukan oleh FAM, mereka jelas tidak mempunyai sebarang bukti d0kumentasi yang mengesahkan mereka mempunyai pertalian dengan rakyat negara ini, katanya.Baru-baru ini, bapa Harry, Declan Edge menerusi laman sosial mendakwa anaknya bersikap terbuka untuk mewakili Malaysia memandangkan beliau dilahirkan di Melaka manakala Kalonda mendakwa datuknya berasal dari Sabah.

Edge yang dilahirkan di New Zealand, kini sedang beraksi dengan kelab Sweden, Torslanda IK, manakala Kalonda yang berasal dari Congo dan kini sedang bermain di Liga Zambia.Dalam pada itu, Stuart memaklumkan skuad H@rimau Malaya dijangka meneruskan tiga perlawanan pusingan kedua kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan penularan wabak Covid-19.

Beliau menjelaskan FAM masih belum memperolehi tarikh rasmi daripada AFC yang dijangka membuat pengumuman dalam tempoh terdekat berhubung kalendar aktiviti bola sepak pada tahun ini.

Sumber : HM

Berdasarkan perancangan asal, Malaysia sepatutnya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac di Dubai, Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil (31 Mac) dan Thailand di Bangkok pada 9 Jun 2020.Malaysia kini menduduki tempat kedua kumpulan dengan sembilan mata selepas lima perlawnan, dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China, sekiranya mencatat keputusan p0sitif dalam baki tiga perlawnan.