Perlu Ikut Atau Tidak

KUALA LUMPUR: Kenyataan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang mencadangkan saingan liga bola sepak hanya boleh berlangsung pada 1 September bukanlah satu ‘veto’ untuk menghalang ahli gabungan meneruskan saingan liga masing-masing.Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia , Datuk Windsor Paul John sebaliknya menjelaskan saingan itu tertakluk dengan arahan kerajaan di negara masing-masing dan badan induk itu tiada masalah jika mereka mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk menyambung aksi domestik.

Dalam masa sama, Windsor turut berpendapat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe itu mungkin dibuat dengan mengambil konteks saingan liga di Eropah yang ketika ini sudah membuka pintu kepada beberapa liga untuk diteruskan.Keputusan meneruskan liga ketika ini bergantung kepada kerajaan masing-masing kerana masalah C0VID-19 ini berbeza di setiap negara. Namun ini tidak bermakna FIFA menghalang ia daripada diteruskan.

Kita pun sudah mendapat maklumat daripada beberapa negara yang mana mereka akan memulakan saingan liga antaranya China, Korea Selatan, Australia serta Thailand selepas mereka mendapat kebenaran daripada kerajaan dan menggunakan prosedur operasi standard yang ditetapkan.Apapun, kita juga menasihatkan setiap ahli gabungan supaya mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak kerajaan dan saya berpendapat kenyataan FIFA itu bukanlah satu arahan kepada ahli gabungan, katanya.

Terdahulu, media antarabangsa semalam melaporkan D’Hooge menegaskan saingan liga tidak boleh diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 1 September depan.Dunia masih belum bersedia untuk saingan bola sepak kompetitif. Saya harap perkara ini dapat berubah secepat mungkin, kamu perlu bersabar.Penyelesaian hanya akan ada sekiranya vaksin bagi wabak ini sudah ditemui, katanya.