Perkembangan terkini proses naturalisasi Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula

Timbalan Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan dua pemain natvralisasi, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya tahun ini jika mendapat kelulusan daripada Persekutuan B0laSepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, pihaknya sudah pun selesai menghantar semua d0kumen yang diperlukan dan dijangka akan menerima maklum balas yang p0sitif daripada badan induk bolasepak dunia itu pada bulan ini.

“Pada kita nampak positif untuk diluluskan sebab itu kami hantar borang tersebut kepada FIFA. Semua dokumen yang diperlukan FIFA juga kita penuhi tetapi kita tak tahu mungkin dari segi pandangan FIFA ada yang tidak kena.

“Namun, keyakinan kami tinggi bahawa ia akan diluluskan dan kedua-dua pemain itu dapat bermain bersama pasukan kebangsaan nanti,” katanya.

Bagaimanapun, dua pemain ini masih belum didaftarkan sebagai kerakyatan Malaysia yang sah kerana perlu menunggu keputusan daripada FIFA terlebih dahulu.

Mereka juga tidak boleh beraksi dalam pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tetapi boleh didaftarkan untuk menghadapi pusingan ketiga jika layak.

“Jika sudah lepas (di peringkat) FIFA, kami akan daftarkan kerakyatan mereka. Kami juga sudah bersedia dengan segala dokumen untuk diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia,” jelasnya.

Namun, timbul keraguan dalam kalangan peminat bolasepak tempatan yang berasakan De Paula tidak layak mewakili negara kerana faktor usia. Tahun ini, beliau berusia 34 tahun dan mempunyai pengalaman beraksi dengan 18 buah kelab sepanjang karier bolasepaknya.

Mengulas mengenai !su itu, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berpendapat pemain “kvda tua” itu tetap ada keperluannya dalam skuad negara kerana mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

“Daripada segi fizikal dan penyudah daripada De Paula, dia mampu memberi penyelesaian di bahagian depan kami. Liridon pula mempunyai karakter yang baik di atas padang. Dia mempunyai sikap tidak mengaku kalah dan mempunyai kerajinan yang tinggi,” jelasnya.