“Perkataan ‘Bapuk’ Pencetus Saman Fitnah,” – Jasmin Hamid Pertahan Anak

Kata-kata ‘bapuk’ yang ditulis netizen di ruangan komen pelakon Jasmin Hamid terhadap anak perempuannya, Rohanna Abdul Hamid, 32, di media sosial menyebabkan pelakon ini memfailkan saman fitnah kepada tiga individu.

Sidang media Kes Saman Fitnah Kepada Netizen yang diadakan di Finas, Petaling Jaya sebentar tadi menyaksikan permohonan maaf secara terbuka daripada salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab menulis komen seperti yang tersebut.

Malah, Jasmin kesal dengan tindakan netizen yang sesuka hati melemparkan kata-kata negatif dengan alasan artis milik masyarakat.

Jelasnya, Rohanna merupakan anak yatim dan telah dijaga sejak dari usia empat tahun. Ia merupakan tanggung jawab dan amanah yang perlu dipegangnya.

“Saya telah menjaga dia daripada usia empat tahun dan ialah tanggungjawab dan amanah saya untuk menjaga Rohana sebaik mungkin.

“Saya akan mengambil tindakan jika orang luar mengganggu keluarga saya.

“Walau bagaimanapun fizikal kita, tiada sesiapa yang patut membuat kenyataan,” jelasnya.

Tegas pelakon jelita ini, tindakan saman fitnah ini beserta dengan tuntutan ganti rugi bagi mengelakkan netizen mengulang perbuatan serupa.

“Orang kata minta maaf sahaja dan semuanya akan selesai. Namun jika ia semudah itu mereka akan mengulanginya lagi.

“Jadi saman ini melibatkan tuntutan ganti rugi agar mereka tidak lagi lakukannya.

“Kalau netizen rasa tidak selesa dengan selebriti, jangan baca jadi tidak akan keluar kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Ini bukannya kerana artis suka memfailkan saman namun ia melibatkan soal maruah dan kredibiliti.

“Anak saya mengalami tekanan dan malu untuk keluar rumah kerana kata-kata yang dilemparkan,” kata Jasmin lagi.

Sementara itu, pihak peguam Jasmin masih menanti tindakan dua lagi individu yang dikenalpasti bagi tindakan selanjutnya.

Jasmina Hamid dan anaknya diwakili peguam Nasser Yusof dari Tetuan The Law Chambers Of Fauzi & Nasser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *