Perebutan ,Local Vs Naturalisasi?

BEKAS pemain Negeri Sembilan, N Thanabalan masih memasang impian untuk beraksi bersama skuad kebangsaan biarpun ketika ini dia mewakili Perak II dalam saingan Liga Perdana.Bekas penye rang skuad Bawah 23 Tahun negara itu yang dipinjamkan dari pasukan Kedah berkata, biarpun saingan untuk merebut tempat ke dalam skuad kebangsaan dilihat semakin mencabar kerana ramai pemain muda yang hebat, namun impian menyarung jersi skuad negara tetap menebal.Impian untuk menyarung jersi pasukan negara memang sentiasa tersemat dalam sanubari saya, namun ketika ini saingan dilihat amat mencabar kerana ramai pemain berbakat terutama dari pasukan Liga Super.

Malah, saingan juga dihadapi daripada pemain naturalisasi yang dilihat mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kerana kebolehan dan pengalaman mereka beraksi bersama kelab luar negara.Bagaimanapun, semuanya tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dengan harapan suatu hari nanti dapat peluang menyertai skuad kebangsaan, kata pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mula mencipta nama ketika membantu skuad Bawah 23 Tahun negara muncul juara pusingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 di Bangkok pada 2017.Dia menjaringkan dua gol dalam aksi penentuan pusingan kelayakan itu sekali gus membawa skuad negara layak bersaing dalam Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di China pada Januari 2018, yang turut membabitkan Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

Mengulas mengenai kedudukannya bersama skuad Perak II bimbingan Abu Bakar Fadzim, Thanabalan berkata, dia kekal berada dalam komitmen yang tinggi untuk membantu pasukan itu meraih pencapaian terbaik jika saingan Liga Malaysia Liga M kembali bersambung, September ini.Menurutnya, dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin di bawah bimbingan Abu Bakar bagi memastikan sumbangan kepada pasukan itu dapat diterjemahkan dengan pencapaian cemerlang musim ini.

Katanya, beraksi dengan pasukan Liga Perdana tidak bermakna prestasi seseorang pemain sudah menurun dan peluang menyertai skuad kebangsaan menjadi tipis.Ada pemain yang mewakili pasukan liga kedua masih berpeluang menyertai skuad kebangsaan dan apa yang penting adalah prestasi seseorang pemain.

Sumber : HM

Ketua jurulatih negara ada kaedah tersendiri untuk menyerapkan seseorang pemain diperlukan dalam skuad kebangsaan, katanya.Justeru, Thanabalan berkata, dia akan terus bekerja keras meningkatkan prestasi dan persembahannya dan akui bimbingan Abu Bakar banyak membantunya dalam mencapai impiannya itu.