Perbincanagn Perpindahan Messi Akhirnya Muktamad

LIONEL Messi akan kekal di Barcelona sehingga sekurang-kurangnya 2021 selepas klausa pelepasan dalam kontraknya tamat, menurut laporan di Sepanyol.

Pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu memiliki klausa khas dalam kontrak sekarang yang tamat penghujung musim depan dan membenarkan dia meninggalkan Barca secara percuma pada akhir kempen 2019-20.

Bagaimanapun, menurut laporan, pemain antarabangsa Argentina itu tidak memanfaatkan pilihan yang perlu diaktifkan kelmarin bagi membolehkan ia berkuatkuasa serta-merta sekali gus membolehkan kapten Barca itu terus beraksi untuk musim ke-17nya di Camp Nou.

Sp3kulasi masa depan Messi di La Liga mula tercetus sejak Februari lalu selepas dia bertelagah dengan Pengarah Sukan, Eric Abidal yang berpendapat kekurangan komitmen dari skuad menjadi salah satu punca pemecatan jurulatih, Ernesto Valverde.

Manchester City dan Inter dilaporkan memantau penuh minat situasi Messi di Camp Nou walaupun pada April lalu dia menyelar khabar angin yang mengatakan dia bakal berpindah ke kelab Serie A sebagai berita palsu.

Pemain berusia 32 tahun kini penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Barca dan presiden, Josep Maria Bartomeu memberi bayangan mahu melanjutkan kontraknya.

Striker itu berharap dapat menjuarai trofi ke-35 bersama g3rgasi Catalan apabila La Liga kembali bersambung pada 11 Jun.

Barca mendahului dua mata di depan Real Madrid di puncak liga dengan baki 11 perlawanan manakala aksi peringkat kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara men3ntang Napoli bakal berlangsung Ogos depan.