Perak II (Pknp FC) Diselubungi Mister!

Pasukan Perak II (dulu PKNP FC) mencetvskan m1steri di kalangan penyokong apabila sehingga kini tidak ada hala tuju.

Ketika pasukan lain giat membuat persiapan untuk menghadapi musim 2020, Perak II pula masih berehat dan berbulan madu.

Selepas sah dijadikan kelab sokongan kepada pasukan utama, Perak II belum membentuk pasukan sehingga mencetVskan resah di kalangan bekas pemain PKNP terutama mereka yang dijanjikan tempat.

Setakat ini belum ada k0ntrak secara hitam putih, cuma janji mulut menyebabkan mereka berada dalam keadaan bimbang dengan masa depan mereka.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana Persatuan Bolasepak Amatur Perak (Pafa) hanya perlu menukar nama daripada PKNP kepada Perak II bagi disesuaikan dengan kedudukan mereka sebagai fe eder team tanpa perlu membuat rombakan drastik kerana asas sebuah kelab sudah ada.

Ibarat sebuah rumah yang sudah kukuh dan cantik, ia tidak perlu diroboh semata-mata kerana bertukar pemilik kecuali memang pemilik baru tidak menyukai rumah lama.