Perak ada 19 kapten

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menganggap skuadnya mempunyai ramai pemain yang memiliki karakter sebagai ketua pasukan.

Durakovic berkata demikian berdasarkan komitmen dan persembahan cemerlang skuad Bos Gaurus ketika menew@skan Terengganu FC TFC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kapten Perak ketika ini, Shahrul Saad sebagai contoh terbaik yang harus menjadi ikutan buat pemain lain.Dia shahrul bermain dengan baik, dia kapten dan pemimpin. Bukan saja dia, malah semua pemain mempamerkan persembahan terbaik.

Semua pemain adalah kapten bagi saya, jadi kami mempunyai 18, 19 kapten (dalam skuad Perak).Semua pemain beraksi dengan cukup baik, anda tidak boleh menjaringkan gol sekiranya tidak mendapat bola bantuan dari pemain lain, katanya.

Dua jaringan Guilherme De Paula dan satu gol disumb@ngkan Shahrul Saad di Kuala Terengganu membolehkan Bos Gaurus membuka saingan Liga Super musim ini dengan langkah kanan.Tiga mata dan tiga jaringan yang diraih itu turut meletakkan Perak di kedudukan teratas liga ketika ini.

Anak buah Durakovic akan berdepan Selangor, Sabtu ini dengan perlawnan itu dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.