Penyokong Man Utd mengamuk

SHAH ALAM – Berang dengan kekalahan terbaru di tangan Bournemouth, para penyokong Manchester United (MU) melancarkan semula kempen singkir pengurus kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer menerusi #OleOut.

MU kini hanya mengutip 13 mata daripada 11 perlawanan yang merupakan rekod terburuk buat kelab itu sejak 1986/87 di samping turut gagal mencatatkan ‘clean sheet’ dalam 11 perlawanan di tempat lawan.

Situasi ini sangat berbeza dengan beberapa minggu lalu di mana Ole menjadi pujaan dan kembali memenangi hati para penyokong MU.

Ini selepas seri dengan Liverpool serta tiga kemenangan berturut-turut termasuk menang ke atas Partizan dan juga Chelsea.

Kesan daripada ketidakpuasan hati ke atas Ole, para penyokong MU mahukan jurulatih itu disingkirkan segera.

Mereka meminta kelab mencari pengganti yang lebih berkaliber daripada Ole.

Ole Gunnar Solskjae
Ini merupakan tahun pertama Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus secara musim penuh. Ole Gunnar sebelum ini sudah menyatakan, mereka sudah kembali ke landasan yang tepat. Malangnya malam semalam mereka tewas di tangan Bournemouth.

Bournemouth sudah lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Joshua King memberikan mereka kemenangan dengan jaringan tunggal perlawanan.

Ada yang menggelarkan Ole sebagai pengurus separuh masa tetapi badut sepenuh masa di samping satu petisyen sudah dibuat untuk menyuarakan penolakan ke atas Ole.

@aryann_420 menulis ” Kerja separuh masanya adalah pengurus bola tetapi kerja sepenuh masanya adalah badut,”.

Yang menghairankan beberapa bulan lalu mereka melancarkan petisyen mendesak pengurusan untuk memberikan kontrak tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer dengan alasan Ole berjaya mengembalikan magis ke Old Trafford semula.

Penyokong tegar MU membantah jika kelab melantik Zidane atau Pochettino pada ketika itu kerana mereka bukannya legenda di United.

Walau bagaimanapun, masih ramai penyokong MU yang masih percayakan Ole Gunnar Solskjaer kerana menganggap pengurus itu mempunyai formula untuk mengembalikan MU ke zaman gemilang seperti yang beliau janjikan sebelum ini.

“Kita mesti bersatu penyokong MU, Ole tengah cuba untuk bangunkan United, mana tahu dia boleh sehebat Alex Ferguson yang merupakan pengurus legenda buat kita semua,” kata Daniel Lam di Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *