Penyokong Mahu Beliau Main Bersama Kedah

Pelbagai spekulasi dicipta sendiri oleh penyokong-penyokong Kedah mengenai identiti pemain tengah yang bakal dibawa ke Darul Aman untuk melengkapkan k0uta pemain import Asia.

Tidak dapat dipastikan dari mana dan bagaimana spekulasi yang Kenyu Sugimoto, striker kelab J1 League, Urawa Red Diamonds bakal dibawa masuk oleh pengendalinya, Aidil Sharin Sahak.

Hasil dapatan daripada pencarian di internet, spekulasi yang Kenyu Sugimoto bakal menyertai Kedah telah bermula pada penghujung November yang menyaksikan beberapa laman mengandaikan pemain tersebut sesuai untuk bermain bersama Helang Merah.

Ditambah pula dengan perkhabaran yang pengendali kelahiran Singapura itu telah berada di Jepun pada penghujung November lalu, banyak pihak menjangkakan pemain itu adalah dari Jepun.

Selepas Aidil Sharin mengesahkan kepada Semuanya BOLA yang pemain import terakhir sudah dimuktamadkan, sebilangan kecil penyokong sudah ‘membvrv’ pemain yang mereka inginkan di laman-laman s0sial termasuklah di Instagram, Kenyu Sugimoto.

Ada antaranya yang mengucapkan selamat datang ke Kedah, bertanyakan kebenaran bakal menyertai Kedah, malah ada juga penyokong lain yang memasukkan komen mengkr!tik Kedah. Selain itu, ada juga dikalangan mereka yang telah meminta Aidil Sharin mengesahkan pemain itu di Instagram pemain itu sendiri.

Wajar atau tidak tindakan tersebut? Walaupun pengendali berusia 42 tahun itu berkata kepada Semuanya BOLA yang beliau amat memahami gelagat penyokong Kedah, namun mengakui semua pihak terutamanya para penyokong perlu mengawal ‘keterujaan’.

Keterujaan penyokong yang lama menanti sememangnya difahami, namun dengan ‘meny erang’ laman sosial pemain-pemain yang belum tentu menyertai pasukan dilihat kurang menyenangkan di pihak pemain tersebut serta di pihak pengendali pasukan juga.

Sekiranya pemain itu bukanlah pemain yang dimaksudkan, apakah kesudahannya? Adakah penyokong akan malu? Sudah tentu tidak. Pemain yang sepatutnya datang, pemain yang ‘diser@ng’ dan juga pengendali pasukan akan merasa kurang selesa dengan situasi ini.

Jika benar sekalipun, Kenyu Sugimoto bakal menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2020, penyokong seharusnya menerapkan sifat sabar dalam diri masing-masing dan sebagaimana yang Aidil Sharin telah katakan, “Tunggu pengumuman rasmi daripada KFA.”

Pengumuman tersebut dijangkakan dalam masa terdekat kerana Hel@ng Mer@h pasti mahu pemain yang dikatakan ‘jeneral padang’ itu mampu membentuk kesefahaman jitu bersama pemain-pemain lain sebelum pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Kredit:semuanyabola