Penyokong Liverpool Buat Masalah Lagi

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool mengabaikan penjarakan sosial apabila mereka berkumpul di luar Anfield bagi meraikan kejayaan kelab itu muncul juara Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Skuad The Reds ditabalkan sebagai juara selepas penghuni tangga kedua, Manchester City tewas 1-2 di tangan Chelsea.

Ratusan penyokong setia Liverpool seolah-olah tidak b!mbang dengan anc@man C0VID-19 dan tidak mengendahkan saranan pengurus, Jurgen Klopp apabila tetap berkumpul bagi meraikan kejayaan berkenaan.

Penyokong dilihat memb@kar suar dan bunga ap!, mengibarkan bendera, berpelukan serta meminum minuman keras di jalanan dengan para peminat mahu memanfaatkan gelaran pertama yang dinanti-nantikan sejak 1990.

Seorang penyokong, Marilyn Nesbitt dan keluarganya sudah berada berdekatan dengan Stanley Park ketika perlawanan City men3ntang Chelsea berlangsung.

Ini sesuatu yang menakjubkan, terutama bagi mereka. Kami sudah menunggu selama 30 tahun, katanya.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan pemain Liverpool menyaksikan perlawanan City men3ntang Chelsea di hotel. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *