Penyokong Kedah Sila Ambil Perhatian

Bagi mengikuti piawai pengurusan venue perlawanan menurut manual pertandingan dibawah seliaan AFC, KFA akan melaksanakan Z0N PENAMPAN KES3LAMATAN di perkarangan Stadium Darul Aman. Bermula hari ini, tiada aktiviti komersial dibenarkan di zon perimeter stadium seperti gambarajah dibawah kecuali BOOTH KFA OFFICIAL MERCHANDISE YANG AKAN DIBUKA BERMULA 19 HINGGA 21 JANUARI INI.

Pagar penghadang akan diletakkan di sekeliling stadium dan akan dikawal oleh petugas keselamatan KFA.Selain itu, pada hari perlawanan 21 Januari ini, hanya pemegang tiket sah dibenarkan berada dalam kawasan perimeter Stadium Darul Aman. Sila bawa bersama anda tiket yang telah dibeli bagi bukti pembelian tiket. Harap maklum.

ACL2020 Preliminary Second Round KEDAH (MAS) vs WOFOO TAI PO FC (HKG) 21 January 2020, Tuesday 9:00 pm Stadium Darul Aman Mulai musim ini, KFA menawarkan tiket bagi 3 kategori mengikut seksyen tempat duduk bernombor. Kategori dan seksyen tiket adalah seperti berikut:

MAIN GRANDSTAND: SECTION A > GATE 3 & GATE 4

PAVILION: SECTION C > GATE P1, P2, P3, P4

TERRACE: SECTION B > GATE T1, T2, T3

TERRACE: SECTION D > GATE T4, T5, T6

Jualan tiket online:

https://kedah.tickethotline.com.my/

*Pemegang tiket masuk menggunakan barkod. Jualan tiket di kaunter Stadium Darul Aman: Isnin, 20 Januari bermula jam 10:30 pagi hingga 9:30 malam.