Penyokong Kedah Kecew@ Dengan keputusan Tiket Piala Sumbangsih

Hasrat Kedah mendapatkan 1,000 tiket perlawanan sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari tidak kesampaian apabila MFL hanya meluluskan 500 tiket sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ghani Hassan berkata ia berdasarkan manual yang ditetapkan MFL berhubung pembahagian tiket untuk penyokong pasukan tuan rumah dan pelawat.

“Ada tiga kategori yang ditetapkan. Stadium yang bawah kapasiti penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat hanya 300 tiket sahaja.

“Kedua, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin akan dapat 500 tiket sahaja,” kata Ghani.

Begitupun menurut Ghani lagi, ia terpulang kepada budi bicara jika JDT mahu memberikan lebih daripada jumlah itu kepada peny0kong Kedah.

Jadi, adakah JDT akan mengikut manual dan memberikan hanya 500 tiket sahaja, atau mungkin akan menunjukkan tolak ansur dan meluluskan 1,000 tiket seperti yang diminta oleh Kedah?

Sumber:labolamalaya