Penyokong KAFA Yang Kecewa Beralih Ke Kelantan United

Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) menegaskan mereka tidak risau dengan kelibat pasukan Kelantan United yang turut beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

KAFA sedar prestasi kurang baik musim lalu dalam saingan Liga Perdana yang menyaksikan skuad The Red Warr!ors menamatkan saingan di tangga ke-10 menyebabkan segelintir penyokong kec3wa dan mula memberikan sokongan kepada Kelantan United yang muncul juara Liga M3 musim ini.

Salah seorang Exco KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata pihaknya sedar betapa penyokong cukup menyayangi dan memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan.

“Kelantan memiliki penyokong yang unik. Kalau kita lihat, walaupun prestasi pasukan kita mero sot, jumlah kehadiran penyokong masing memberangsangkan.

“Saya tidak nampak ada perbandingan kedua-dua pasukan kerana semuanya rakyat Kelantan sayang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

KAFA telah memulakan persiapan bagi menghadapi saingan musim hadapan di mana persatuan itu bekerjasama dengan Rasniaga Motosport Sdn Bhd yang menaja sebuah motosikal Harley Davidson untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah membabitkan pemegang pas bermusim.

“Dengan adanya motosikal ini, ia bukan saja jadi strategi menarik peminat tetapi lebih kepada menghargai penyokong. Namun saya percaya penyokong kita bukan datang hanya disebabkan motor tetapi kerana minat dan kesetiaan kepada pasukan,” tambahnya.

Sumber : vocketfc