Penutup 2019 bergaya

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe, menuntut anak buahnya supaya menutup perlawanan terakhir tahun ini menerusi nota kemenangan ketika bertemu Indonesia sebagai hadiah istimewa buat ‘ek0r sejati’, Malaysia.

Tiada apa yang lebih bermakna buat penyokong negara yang akan membanj!ri Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini, bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu. 

Walaupun ia bukan tugas mudah, misi itu tetap perlu direalisasikan untuk memastikan skuad kebangsaan terus berpeluang untuk merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Cheng Hoe menyedari tuntutan yang digalas barisan pemainnya, sekali gus mengisytiharkan m!si wajib ke atas skuad Garuda.

Saya sering menasihati setiap pemain agar sentiasa fokus.

Walaupun berdepan dengan apa jua tekanan sekalipun, kami perlu tetap turun dengan keyakinan apatah lagi ketika beraksi di stadium keramat, Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

“Kami ingin memberikan aksi terbaik tahun ini,” katanya.

Dijangka mengekalkan formasi 4-3-3, jurulatih kelahiran Kedah itu bagaimanapun berwaspada dengan kemampuan lawan untuk memberi t3ntangan walaupun tanpa kelibat tonggak utama.

Ini berdasarkan maklumat yang diperolehinya selepas pelawat mengadakan perlawanan persahabatan men3ntang skuad belia PKNS FC, Khamis lalu. 

Mereka bawa ramai pemain baru dan ia boleh menjadi faktor motivasi kepada mereka. Sedikit sebanyak ia memb!mbangkan. 

“Yang penting kami perlu tingkatkan kekvatan pasukan dan dalam masa sama, kurangkan kelemahan,” tambahnya. 

Sementara itu, kem Indonesia tetap bers3mangat untuk berdepan dengan Malaysia walaupun mereka tampak sudah terkeluar dalam saingan Kumpulan G itu. 

Setelah gagal mengutip sebarang mata dalam empat perlawanan, skuad Garuda bakal membariskan rata-rata muka baru dalam usaha mendapatkan kemenangan pertama.

Sandaran skuad — yang kini dipimpin jurulatih sementara, Yeyen Tumena itu — kini diletakkan di bahu pemain berpengalaman, Irfan Bachdim, selaku penggempur utama untuk bergandingan bersama Lerby Eliandry Pong Babu dan Septian David Maulana.

“Sudah pasti kami akan mencvrahkan segala kudrat. 

“Ini satu perlawanan yang diimpikan oleh saya sejak kecil lagi untuk bermain di hadapan stadium yang padat seperti ini. 

“Keadaan padang Bukit Jalil tidak begitu baik tetapi ia sebuah stadium yang menarik dan akan sesak dengan penyokong hari ini.

“Kini terpulang kepada kami untuk memberikan aksi terbaik,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *