Penting No.6- Aidil Sharin

Aidil Sharin telah menunjukkan dengan jelas konsep dan sistem permainan yang beliau mahukan dalam pasukan Kedah pada musim ini.
Berikut adalah anal!sis ringkas kami tentang falsafah dan corak permainan pasukan Kedah di bawah bimbingan beliau berdasarkan beberapa perlawanan pasukan Kedah pada awal musim ini.

Formasi
Buat masa ini Aidil Sharin memilih formasi 4-3-3 sebagai f0rmasi utama pasukan Kedah. Mereka juga boleh bermain dengan sistem 4-2-3-1 dan juga 4-4-2.

Baddrol Bakhtiar dijadikan sebagai pemain no.6. Ini bukanlah kali pertama Baddrol bermain peranan itu, kerana sejak di bawah Tan Cheng Hoe lagi Baddrol sudah menjadi pemain ‘back up’ untuk peranan no.6.