Penjelasan Kenapa UiTM FC Guna 2 Jenama Berbeza Untuk Jersi

Semalam pasukan UiTM FC secara rasmi telah melancarkan jersi pasukan mereka dengan penuh bergaya dan mungkin ramai yang tahu bahawa pasukan ini menggunakan 2 jenama berbeza untuk jersi mereka bagi saingan CIMB LIga Super 2020.

Penggunaan 2 jenama berbeza untuk satu pasukan mungkin agak jarang kita dengar dan perkara ini telah mengvndang pelbagai persoalan mengapa ia berlaku.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Kelvin Leng, menerusi satu k0men yang laman sosial MFL meluahkan rasa kecew@ beliau mengenai perkara ini dan menyebabkan beliau telah menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Beliau telah menghubungi pihak UiTM FC dan juga pembekal jersi berkenaan dan telah menerima penjelasan mengenai isu 2 jenama berbeza digunakan untuk jersi UiTM FC.

Untuk makluman semua, pasukan UiTM FC memiliki 3 jersi iaitu;

Jersi Home: Merah menggunakan jenama Adidas
Jersi Away: Bury menggunakan jenama Adidas
Jersi GK: Hitam & Oren menggunakan jenama Adidas
Jersi ke-3: Putih menggunakan jenama Fitech
Jersi ke-3 GK: Ungu menggunakan jenama Fitech

Menurutnya, kedua-dua jenama itu ejennya adalah ActiveSport dan disebabkan oleh ‘ad-hoc request’ dari pihak MAS yang mahukan jersi yang ada ‘design’ MAS, maka Fitech telah ‘customize’ jersi tersebut dengan corak batik (dibahagian leher dan lengan) yang menjadi identiti syarikat penerbangan itu sejak sekian lama.

Jersi dengan jenama Adidas itu adalah tajaan terus dari ActiveSport dan jenama Fitech itu telah dibeli oleh MAS kerana mahukan jersi tersebut memiliki ciri-ciri identiti yang mereka mahukan.

Ini juga menjelaskan kenapa logo MAS hanya ada pada jersi ke-3 yang menggunakan jenama Fitech sahaja dan tidak diletakkan pada jersi home dan away UiTM FC.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Kelvin Leng juga, tiada masalah berkenaan perkara ini kerana semua sudah ada dalam terma k0ntrak yang ditandatangani.

Sumber:vocketfc