Pengvatkuasa Tidak Pernah Minta Wang Dari Saya

SHAH ALAM – Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid mendedahkan pihak penguat kuasa tidak pernah meminta suapan daripadanya selama 20 tahun berniaga.

Katanya, bagaimanapun tindakan pilih bulu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan beliau sebagai peniaga burger di tepi jalan tidak dilayan seadilnya.Ketika PKP ramai orang yang berdepan dengan kesukaran terutama bagi peniaga-peniaga kecil seperti saya. Waktu perniagaan kami dihadkan setakat jam 10 malam tetapi mereka (kedai mesin judi) boleh beroperasi.

Saya tahu tentang ini sebab mereka yang pergi main mesin judi beli burger dengan saya dan pengusaha kedai judi haram ini juga beli burger dan belanja pelanggan mereka, katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke- 186 bertajuk Isu Judi: Fitnah atau Realiti? di Studio F Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Turut menjadi panelis ialah Penganalisis Jen@yah, Kamal Affandi Hashim; Ketua Aktivis Persatuan pengguna Islam Malaysia , Datuk Nadzim Othman dan Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Beliau yang mempunyai lebih 100 cawangan gerai burger menyatakan pihak berkuasa juga tidak pernah memeras ugvt beliau kerana kes@lahan menjaja.

Kamal Affandi (dua dari kiri); Nadzim (kanan); Mohd Asri Hamid dan Azlan Shah Nabees Khan (kiri sekali) di Wacana Sinar ke-186 bertajuk Isu judi: Fitnah atau Realiti? yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Pihak penguat kuasa tidak ganggu perniagaan gerai burger saya melainkan mereka menerima rungvtan.Soal ramp@s dan sita gerai itu perkara biasa dalam perniagaan seperti ini. Saya ada tapak di Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor tetapi tidak diusik. Ada juga yang baharu berniaga dua minggu atau dua bulan sudah diganggu, katanya.

Ditanya, mengapa tidak memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan, Asri berkata, soal permohonan lesen daripada PBT untuk menjaja bukan sesuatu yang mudah.Bukan semua PBT keluarkan lesen berniaga tepi jalan. Sebagai contoh kalau nak buka kedai atau premis restoran ada prosedur operasi standard.

Sebab itu bila Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilantik, beliau telah meminta supaya PBT memudahkan urusan memberikan lesen, katanya.

Video Asri Janggut: ‘Berani buat, beranilah tanggung’ – KP Selangor
“BERANI buat, beranilah tanggung” tegas Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berhubung pembabitan anggota dan pegawai polis yang bersekongkol dengan sebarang kegiatan haram termasuk kegiatan jvdi h@ram.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berk0mpromi dengan mana-mana anggota atau pegawai polis di bawah seliaannya jika terbukti terbabit dengan sebarang keg!atan har@m dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka.

Ini termasuk kemungkinan ada anggota dan pegawai polis yang melindungi kegiatan perjudian haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang didedahkan pengasas H0t Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid di media sosial, baru-baru ini.

Dalam kes ini, kita serahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards Bukit Aman dan Suruhanjaya Penceg@han Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan.Polis Selangor tidak akan campur tangan dalam urusan siasatan dan tindakan kerana kita tidak mahu nanti kita dikatakan berat sebelah, jadi kita serahkan siasatan kepada dua pihak berkenaan.Sekiranya memang benar ada anggota kita yang terbabit dengan kegiatan haram seperti yang didedahkan itu, maka terpaksalah mereka terima akibatnya. Mereka berani buat, maka beranilah tanggung, katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mohd Asri yang membuat pended@han berkenaan menerusi satu rakaman video itu.Beliau bukan suspek, sebaliknya adalah pemberi maklumat. Justeru, kita tidak akan ambil sebarang t!ndakan terhadapnya.

Kita hargai setiap maklumat dan pendedahan yang disalurkan oleh orang awam namun kita berharap segala maklumat itu disalurkan dengan cara yang betul demi keselam@tan mereka sendiri, katanya.

Menurutnya, banyak cara yang lebih selamat untuk menyalurkan maklumat termasuk dengan datang sendiri ke mana-mana balai polis berhampiran, atau pergi sendiri ke jabatan yang berkenaan di Bukit Aman.Maklumat berhubung sebarang keg!atan jenay@h juga boleh disalurkan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol yang boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit.

sumber:http://trendingsangat.pw

Setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan dibuat sekiranya siasatan mendapati memang benar ada sebarang kegiatan jenayah berlaku di lokasi yang didedahkan oleh pengadu, katanya.