Pengarah Drama Cuai,Ini Penghinaan Buat Liverpool

Ia susulan salah satu babak dari drama tersebut yang disiarkan di episod ke-27 memaparkan salah satu watak menggunakan jersi Liverpool sebagai kain lap air kencing.Susulan tularnya kisah laporan tersebut yang turut mendapat pelbagai reaksi dari penyokong Liverpool dan peminat sukan bola sepak yang lain, pelakonnya, Uyaina Arshad tampil melakukan permoh0nan maaf.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, beliau hanya menjalankan kewajipannya ketika melakukan babak tersebut dan tidak menjangka ia akan menyentuh sensitiviti penyok0ng juara eropah tersebut.Bercakap kepada Harian Metro seperti yang disiarkan oleh akhbar itu semalam, Uyaina berkata:

Sebagai pelakon, saya cuma mengikut arahan yang diberikan pihak produksi. Mungkin lebih baik pihak produksi yang menjelaskan mengenai pekara ini.

Tapi, secara peribadi saya ingin memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan babak itu. Mungkin ia menyakitkan hati dan mengguris perasaan penyokong Liverpool, katanya.

Akhbar yang sama turut menghubungi pengarah drama tersebut, Rashid Sibir namun beliau enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut.Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas tamat episod akhir nanti barulah saya keluarkan kenyataan, balasnya ringkas.

Jujurlah Nikahi Aku adalah adalah sebuah drama adaptasi dari novel karya Umie Nadzimah yang disiarkan di slot DramaVaganza, Astro Ria.Ia disiarkan pada setiap 7 malam dari Isnin sehingga Jumaat sejak 27 Januari lalu.

sumber:semuanyabola