Pengadil buat hal kena lapor

LONDON: Manchester City dilaporkan mengemukakan aduan rasmi kepada Ketua Pengadil, Mike Riley berhubung prestasi pegawai perl@wanan Michael Oliver ketika kekalahan penyandang juara Liga Perdana itu kepada Liverpool di Anfield, Ahad lalu.

Pengadil perlawanan, Oliver dan Video Bantuan Pengadil (VAR) menjadi tumpuan selepas City secara kontr0versi dinafikan dua permohonan penalti yang pertamanya terhadap kesalahan Trent Alexander-Arnold yang membawa kepada jaringan pembukaan oleh Fabinho.

Selepas insid3n kedua yang turut membabitkan Alexander-Arnold di penghujung perlawanan, pengendali City, Pep Guardiola menunjukkan rasa marahnya kepada pegawai keempat perlawanan, Mike Dean susulan keputusan berkenaan dan sejurus permainan berakhir, dia berkata kepada Oliver: “Terima kasih, berbanyak-banyak terima kasih.”

City kemudian menghantar surat kepada Ketua Lembaga Pegawai Perlawanan Profesional (PGMOL), pada Isnin, kurang 24 jam selepas aksi penting itu.

Juara Inggeris itu masih berang mengapa Oliver tidak menganugerahkan mereka penalti bagi kedua-dua insiden berkenaan manakala Guardiola dan bos Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan pandangan mereka mengenai VAR ketika sidang kemuncak Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di Nyon, minggu ini.

Menurut akhbar The Sun, Riley berkata dia sudah memberi jawapan ‘membina’ menjelang mesyuarat pemegang taruh bersama kesemua 20 pasukan Liga Perdana yang dijadual hari ini selain memberikan perkembangan terbaharu mengenai penggunaan VAR.

Bukan Guardiola seorang tidak berpuas hati dengan keputusan Oliver di Anfield, bekas pengendali Manchester United, Jose Mourinho turut mempersoalkan tindakannya.

Kontr0versi membabitkan perlawanan turut berlarutan ke kem kebangsaan England yang menyaksikan striker City, Raheem Sterling dan pertahanan Liverpool, Joe Gomez terbabit dengan pergad0han di St George Park pada Isnin. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *