Pencarian Yusri Che Lah Mungkin Berakhir

Kelantan telah mencuba tiga pemain import baru ketika perlawnan persahabatan menen tang Nara Utd dan diberitakan Yusri Che Lah gembira dengan prestasi ditunjukkan mereka terutama di separuh masa kedua.

“Sebenarnya, saya bimbangkan keserasian antara pemain import dan tempatan kerana ini kali pertama mereka digandingkan sebagai kesebelasan utama. Namun, selepas melihat persembahan mereka dalam separuh masa kedua, saya berasa gembira dan lega.

“Saya tidak mahu menilai pemain import berdasarkan persembahan dalam separuh masa pertama kerana banyak juga kesilapan berpunca daripada kami sendiri.

“Saya harap dalam perlawnan akan datang, pemain import akan dapat lebih masa dan sentiasa cari keserasian dan meningkatkan k0munikasi dengan pemain tempatan,” katanya selepas menen tang Nara Utd.

Dengan kenyataaN Yusri ini, adakah ini bermakna pencarian pemain import Kelantan akhirnya menemui noktah? Bolehkah penyokong mula memasang impian untuk ‘belar0kk’ ke Bukit Jalil selepas sekian lama menunggu?

Kredit gambar : Dunia Warriors