Penaja Mungkir Janji

TERSEPIT hingga sukar ‘bernafas’. Dilema itu dilalui sebahagian besar pasukan Liga Malaysia (Liga M) apabila rata-rata mendedahkan hanya mampu membayar gaji pemain dan pegawai pasukan untuk tempoh sebulan saja.Walaupun mereka akan melakukan pemotongan gaji kepada semua pemain dan pegawai pasukan, inisiatif berkenaan sebenarnya tidak banyak membantu mengurangkan bebanan pengurusan yang berhadapan kerenah penaja mungkir janji.Malah, ada antara pasukan bertaraf gergasi juga hanya menunggu masa untuk rebah dengan boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu perlu mencari dana setiap bulan bagi menyelesaikan bayaran gaji.

Perkara terbabit diakui Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa walaupun pasukannya itu pernah dilabelkan sebagai banyak duit, namun turut terkesan selepas penaja tidak menyelesaikan bayaran seperti dijanjikan sebelum ini.Beliau berkata, kelewatan liga bersambung semula turut mengundang masalah kepada pasukan apabila mereka tetap perlu membayar gaji pemain seperti biasa walaupun tidak beraksi.

Sekarang ini KLFA tidak mendapat sebarang suntikan dana daripada pihak tertentu, sekali gus menyaksikan pasukan berhadapan masalah untuk membayar gaji pemain.Jika diikutkan, kami tidak boleh bertahan tempoh tiga bulan akan datang terutama melihat kepada situasi sekarang ini saingan liga tidak boleh bermula lagi selepas ditunda dua bulan lalu, katanya.